Merantau
membawa hati yg ibarat pantai, boleh brubah apabila ombak menghempas pantai.
Apabila
merantau, jangan sesekali membuat keputusan yg boleh buat kita sesal di
kemudian hari. Dalam kamus seseorang yg bergelar muslim, tiada perkataan
menyesal. Mungkin anda rasa perbuatan itu menyeronokkan, tapi di kemudian hari,
ingatlah wajah ibubapa dan orang sekeliling yg memandang tinggi kepada anda.
Tidak lupa juga akhirat yg dimana Allah kata, ada manusia yg meminta
dikembalikan ke dunia dan berjanji untuk taat kepadaNya. Apakah kita mahu
tergolong dalam golongan itu? Menyesal dan bertaubat apabila terlambat? Hidup
ini bukan milik kita, ingat taraf kita sbg hamba, selayaknya tunduk, bukan
meninggikan kepala lebih dari parasnya, mendongak hingga tidak terlihat wajah.
Pesanan diatas untuk diri sendiri dan adik-adikku. Semoga kita sama-sama tidak
menyesal dalam kesalahan tidak menjaga syariat dan batas pergaulan. Dunia di
hadapan masih panjang, ujian Allah masih banyak, cubalah luluskan diri satu
demi satu, nafsu itu manis, tapi iman itu bahagia, pada nafsu tiada bahagia.
Yang ada cuba nikmat yg hilang apabila ribut melanda.
Buat kak su
yg sudah lama terputus hubungan, moga kalam ini menjadi doa saya kepada kak su
supaya ujian yg Allah beri pada kak su, semoga Allah dengan kekuasaannya akan
beri kebahagiaan dari sisinya atas kesabaran kakakku yg menempuh ujiannya
sendirian itu.
Sayang
kepada saudara seislam itu ibarat satu tubuh yg tak boleh dipisahkan, terluka
satu bahagian maka yg lain juga terasa sakit, moga Allah beri kekuatan dan
kemenangan kepada Umat Islam Rohingya, Palestin, Syria dan lainnya. Doa dan
hatiku bersama kalian. Pergilah menempuh jalan syurga, syahid dalam mempertahan
aqidah kita! Amin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan