Beberapa hari yang lepas, Alhamdulillah berpeluang balik ke kampung halaman hati saya yang bermula merubah persepsi ttg dunia disitu, SABDA(Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh). Alhamdulillah berkesempatan berjumpa sahabat-sahabat lama, ada yang baru pulang dari luar negara, ada yang baru nak terbang menuntut ilmu selepas raya ini. Alhamdulillah, tahniah semua!
Walaubagaimanapun, apa yang membuatkan saya tertarik utk berkongsi pengalaman ini adalah kerana pengalaman sahabat saya sebagai seorang muslim di Korea Selatan. Dia berkata, selalu org Korea akn bertanya, "Kenapa pakai tudung?" ataupun satu lagi soalan yang buat kita hilang kata-kata sekejap, "Kenapa ada org Islam yang tak pakai tudung dan ada yang pakai tudung?" Alhamdulillah, disana sahabat ini menjadi ambassador of Islam, sentiasa dan terus sentiasa cuba menerangkan apa itu Islam kepada mereka yang tidak tahu. Tetapi apa yang menjadi persoalam dlm fikiran saya ialah: macam mana kita nak counter attack soalan-soalan macam ini ya? Sebab kita juga berkemungkinan akan bertemu juga dengan mereka yang bukan Islam, bertanyakan soalan serupa, Malaysia kan negara majmuk berbilang kaum kn? Malah, saya sendiri pernah ditanya sebegitu rupa sebenarnya. Masa tu saya masih dibangku sekolah. Saya jawab dekat dia, ikut suka hati orang itu lah. Tak silap saya jawapan saya macam itulah. Maafkan saya kalau tersalah...
Beberapa hari kemudian, terdetik dalam fikiran saya satu kata-kata yang saya selalu beritahu pada sahabat-sahabat dan juga adik-adik saya, saya kata "Islam itu macam pokok, akidah adalah akar, ibadah adalah batang dan akhlak adalah daun-daun dan buah-buah di pokok tersebut."
Kemudian terdetik lagi dalam fikiran saya, inilah sebenarnya jawapan kepada persoalan itu. Betul Islam itu seperti pokok(pada pandangan sayalah, betulkan jika saya tersalah), tapi pokok itu juga berasal dari benih. Ada sesetengah benih yang bagus, mencambahkan pokok yang banyak buah dan ada sesetengah benih yang kurang kualitinya, batangnya kurus, daunnya tiada ada. Atau mungkin kes lain, batang kurus, tapi daun banyak. Apa yang saya ingin maksudkan disini adalah, perbuatan kita, semuanya bergantung kepada setinggi mana tahap kita percaya kepada Allah sebagai tuhan atau Rabb kita. Ada orang yang percaya yang tuhan itu ada, tapi kepercayaannya berhenti setakat itu. Ada orang yang percaya Allah sebagai tuhan tapi sekali lagi keprcayaannya berhenti setakat itu. Naik satu tingkat kepercayaan, orang tersebut percaya sepenuhnya kepada Allah termasuklah perintah dan suruhannya. Bermaksud, orang ini beribadah atas kepercayaannya bahawa Allah adalah tuhannya dan dia adalah hamba. Untuk kepercayaan yang berada ditingkat bawah sedikit daripada tingkat ini, kepercayaan berhenti setakat Allah itu Tuhan tetapi tidak seangkatan dengan kesedaran dan kepercayaan aku adalah hamba.
Akhirnya disebalik semua ini, kesedaran dan kepercayaan bahawa kita adalah hamba itu penting sebenarnya. Sebab, persoalan pembuktian apakah kau hamba itu terletak dalam semua ibadah yang kita laksanakan sebagai seorang Islam. Tidak kiralah ibadah khusus atau umum, persoalan kita adalah hamba ini kita jawab menerusi ibadah yang kita lakukan.
Jadi utk sahabat-sahabat, jadilah pokok yang rendang dan subur, mendapat manfaat dan memberi manfaat pada orang lain. Meningkatkan kepercayaan dan membuktikan kepercayaan. Hakikatnya, dunia ini tempat ujian dan tempat didikan utk Allah kepada kita. Semoga di akhirnya, kebahagiaan itu kecapi. Ampunkan salah dan silap saya. Selamat berpuasa sahabat-sahabat, mari keluar dari madrasah Ramadhan nnt dengan manfaat dari Ramadhan yang habis dikaut oleh kita. Allahumma Ameen!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan