Rabu, 24 Julai 2013

wawasan kehidupan

Beberapa hari lepas ada seorang sahabat bertanya tentang persoalan-persoalan penting dan biasa dilalui oleh remaja/pemuda(in this case, pemudi) yang berada dalam dilema.
Persoalan macam "Lepas dpt degree nak buat apa?" ataupun "Lepas SPM nak belajar apa?", persoalan typical yang akan timbul selepas selesai satu fasa kehidupan. 

Tetapi sebenarnya, bagi saya  persoalan sebenar yang harus timbul adalah "apa sebenarnya yang aku nak capai dalam hidup aku?" Persoalan ini sebenarnya berkaitrapat dengan apa matlamat hidup kita dan apa minat kita. Bagi yang beragama Islam, matlamat hidup kita adalah untuk mendapat Redha Allah kerana apa? Kerana kita telah dilantik sebagai khalifah dunia dan juga sebagai hamba Allah. 

Jadi berbalik kepada matlamat hidup ini, timbul pula satu lagi persoalan. Macam mana aku nak penuhi tanggungjawab aku sebagai khalifah dan hamba? Bagi saya, jawapannya ialah dengan mengembalikan hidup saya dengan berbakti kepada Islam. Ehh, sekejap! Apa pula kaitan semua ini dengan persoalan simple but complicated iaitu "Selepas ini aku nak buat apa?" 

Baik. Beginilah. Dalam hidup ini, kita kena ingat, setiap perbuatan kita, jangan ada perkataan menyesal yang timbul selepas kita lakukan(unless kalau perbuatan yang sudah dilakukan itu salah, menyesal atas dosa dan bertaubat). Ayat ini saya sentiasa tanam untuk mindset saya sebelum melakukan sesuatu perkara. Kalau aku buat ini, aku menyesal tak nanti? Jadi sebenarnya, persoalan apa yang aku nak buat lepas ini semuanya berkaitan dengan perancangan. Perancangan hidup. 

Persoalan pertama untuk perancangan hidup. Apa yang aku minat? Persoalan kedua: Bagaimana minat aku ini, aku nak sumbangkan untuk Islam? Persoalan ketiga dan mungkin juga yang terakhir: Jalan yang macam mana aku ingin pilih untuk realisasikan semua ini? Saya percaya menjawab semua 3 soalan ini bererti kita sudah merancang perjalanan hidup kita. 

Baik, jika masih belum jelas, saya berikan contoh. Contohnya. Apa minat saya? Saya berminat untuk mengkaji behavior manusia dan apa-apa berkaitan dengan tingkahlaku manusia. Persoalan kedua: Bagaimana saya nak beri sumbangan kepada Islam melalui minat saya ini? Jawapan saya dengan membangunkan ilmu tingkahlaku manusia yang bersandarkan Al-Quran dan As-sunnah. Mengkaji bagaimana Allah menangani manusia yang pelbagai ragam dan mengkaji bagaimana Rasulullah memainkan peranan beliau sebagai pendidik dengan mendekati behavior manusia tersebut. Persoalan ketiga dan terakhir saya: Jalan yang macam mana saya pilih utk realisasikan semua ini? Jawapan saya ialah dengan memilih bidang antropologi & sosiologi/psikologi sebagai bidang pengajian saya di universiti dan melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat pHd, InsyaAllah. Jelas sudah sahabat? Bagaimana perancangan perlu dilakukan? Perlu perincian, perlu realistik, perlu serasi dengan jiwa masing-masing. Oleh sebab itu, jika sudah terlanjur memilih bidang yang tidak diminati, boleh dipupuk minat ataupun bermula semula dengan memilih jalan yang lain. Sambung pengajian dalam bidang lain atau apa-apa lagi cara/jalan yang difikirkan sesuai. Jika mahu mencapai kemenangan, perlu ada strategi. Maka, jika mahu mencapai kejayaan, perlu rancaang perjalanan. Selepas merancang, laksana dan tawakal kepada Allah. Ingatkan Allah sebelum, semasa dan selepas melaksanakan perancangan. Semoga kejayaan hakiki milik kalian, InsyaAllah. 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan