Isnin, 30 Januari 2012

Bahagia itu susah..

Langit menyepi. Matahari menyinar seadanya. Halus. Terasa halus membuai perasaan, bayu yang bertiup lalu. Hidup sepatutnya seperti itulah.
 Memandang, memerhati, melihat dan berfikir, sambil hati terus berpaut pada Allah, kekasih abadi  dengan kepercayaan sungguh bahawa perlindungan Dia untuk kita. Dalam seharian hidup kita. 
Hidup itu bahagia kerana Dia. Hidup itu bahagia kerana kita diajar untuk tidak berharap pada manausia. Tapi bergantung sepenuhnya pada Dia. Maka, disitu akan kita temu bahagia. Kerana Dia punya segala-galanya. Dengan bahagia yang begitu, kita berasa mahu berbuat segala apa yang Dia mahu kita buat. 
Walau susah, walau payah, bila hati dibisik bahawa Dia pasti gembira dengan amalan seperti itu, maka gembira menerpa. 
Disisi Dia pasti tiada kesedihan yang melampau, kerana bahagia itu suatu yang sulit untuk difahami. 
Jika kau memahami.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan