Selasa, 31 Januari 2012

Paksi

Hidup itu sebenarnya cinta. Cinta kepada Allah. Tapi hidup yang berpaksikan cinta yang palsu kerana manusia tak kiralah apa pangkatnya dalam kehidupan kita, ibu bapa, kawan baik, suami. Bukan itu paksi cinta kehidupan kita.
  Ada satu sabda Rasulullah S.A.W tak silap bunyinya lebih kurang macam ni, jika ingin tahu apa yang kita cinta tengoklah kepada percakapan seharian kita, apa yang kita cakapkan.
  Sedih tengok diri sendiri, sedih tengok orang lain. Apa yang dicakapkan sehari-hari rasanya bukannya Allah. Kalau dulu yelah. Bahagia dalam diri pun hilang. Sebab dah jauh dari Dia.
Sumber bahagia itu dari Dia. 
  Cinta Yang berpaksikan Dia mampu membuat kita menelan pahit dan manis dengan tersenyum sentiasa. Itulah dia bahagia. 
Membuat segala-galanya kerana ingin mendapat cinta Allah dan Redha-Nya. Bukan manusia.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan