Hidup bermakna kadang2 anda keliru dgn hidup anda sendiri. Apakah yang aku nak jadi?Betul ke tujuan hidup aku? Betul ke aku ini berada dalam landasan betul untuk kehidupan hakiki yang menunggu aku disana? Menjadi lebih baik itu susah, tapi itu yang Allah suka. Jika seseorang itu berusaha pasti Allah akan bersamanya membantu dia, terutama yang mahu kepangkuan cintaNya. Allah tak bagi ujian kat kita kalau benda itu bukan dlm kemampuan kita.
Jadi, ujian yang aku hadapi sekarang ini pasti aku boleh harungi. Ya Allah, dalam hati aku ini masih ada cinta-Mu. Pasti, aku tak mahu mati berjumpamu dalam kemaksiatan? Adakah kau maafkan aku? Kerana aku tak mendengar perintahmu dulu. Aku ingkar, biarkan benda tu like a passing wither. Maka sekarang ini aku tercampak dalam keadaan aku sendirian bertahan mempertahankan iman aku. Itulah ujian Allah kepada aku. Jauh sekali daripada suasana Islam yang aku dibesarkan dulu. Allah mahu aku belajar, mempertingkatkan imanku dari luar. Maka, sebab itulah mungkin aku tidak dibesarkan melalui sekolah menengah agama, mungkin. Allah mahu aku lihat Islam dengan cara yang dia mahu ajar aku. Ujian itu susah. Ujian itu payah. Maka laluilah dengan tabah. Maka Ya Allah, adakah aku hidup lagi untuk esok, berubah kepada asal aku, iaitu disisiMu. Bolehkah aku pulang Ya Allah? Pulang kesisiMu? Semakin aku jauh daripadaMu, semakin banyak dosaku kepada manusia. Bolehkah Ya Allah, bolehkah aku bertahan? Hatiku gelap, jika tidak pasti aku dengar jawapan kau kepadaku disaat ini? Hinanya aku. Bolehkah aku kembali? Sudah aku tinggalkan kekasihku, disana. Kekasihku yang sentiasa menantiku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan