Jumaat, 18 Julai 2014

Buku Sejarah Palestin

Assalamualaikum, InshaAllah, atas permintaan seorang sahabat yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang sejarah palestin dengan lebih mendalam, saya akan tulis secara ringkas dalam beberapa bahagian mengenai sejarah Palestin. Semoga usaha ini diredhai Allah, amin.
 Fakta-fakta yang ditulis di dalam blog ini dipetik daripada buku tulisan Dr. Tareq M. Suwaidan yang berjudul "Palestine Yesterday, Today and Tomorrow". Saya amat menggalakkan supaya buku ini diperolehi kerana buku ini ditulis secara lengkap sejarah Palestin bermula daripada zaman awal sehinggalah pada masa kini.
Didalam buku tersebut, sejarah Palestin dibahagikan kepada beberapa bahagian. Bahagian pertama dalam buku ini menghuraikan tentang Palestin sebelum kedatangan Islam yang menceritakan tentang penduduk asal Palestin dan asal-usul nama Palestin sehinggalah kepada bermulanya era Nabi Muhammad s.a.w.
Walaubagaimanapun, disebabkan buku ini didalam Bahasa Inggeris, saya akan menulis didalam Bahasa Inggeris, supaya tidak mengubah maksud asal penulis buku.
Sekali lagi saya ingin menekankan bahawa ini cuma tulisan yang saya ingin buat secara ringkas. Saya amat menggalakkan supaya didapatkan buku ini kerana disamping penceritaan lengkap tentang sejarah Palestin, kandungan didalamnya juga disertakan dengan gambar-gambar, membuatkan pembaca lebih tertarik untuk membaca buku ini.
Mari, kita selak kembali sejarah, cari hikmah disebaliknya dan gunakan untuk kita hadapi apa yang akan datang, InshaAllah.

p/s: Maaf sebab tidak pusingkan gambar ini ke kedudukan yg betul, Ini adalah gmbr muka hadapan buku ini. Semoga dengan lampiran gambar muka hadapannya, boleh didapatkan di mana-mana tempat yang menjual buku ini, InshaAllah.