Sabtu, 2 November 2013

Memegang 'title' hamba


Berjalan melihat alam, saya terus berfikir dan berifkir.
Seorang kawan saya selalu merungut, katanya, "Kenapa jalan? Naiklah bas." Dengan nada marah manja kerana tabiat saya yang suka berjalan seorang dalam kampus. Sebenarnya itu satu tabiat. Saya berjalan seorang sambil berfikir. Aktiviti ini menenangkan diri saya. Ibarat satu terapi untuk memberi ruang pada diri sendiri. Kerana pada masa sekarang ini, semua urusan dalam hidup saya terlalu pantas untuk saya berhenti dan memberi ruang pada diri.
Sebenarnya, berjalan berseorangan itu selalunya adalah masa saya muhasabah diri sendiri.
Baru-baru ini, ketika menziarahi bilik seorang rakan di desa lain, satu persoalan timbul.
Siapa saya dihadapan Tuhan?
Dan persoalan itu saya bawa ketika perjalanan saya pulang.
Sambil berjalan.
Ia membawa kegembiraan pada saya. Mengetahui bahawa apabila pancaindera saya dekat dengan alam, hati dan fikiran saya mampu berfikir perkara yang menggembirakan saya. Memikirkan tentang tuhan yang menciptakan. Sungguh, kebahagiaan itu hanya disisi Tuhan. Syukur, hati saya masih bernafas untuk menemuinya. Syukur Ya Allah, kerana aku masih boleh menjadi hamba. Memegang 'title' hamba itu sahaja kini sudah cukup membuat aku rasa bahagia. Alhamdulillah.