Selasa, 3 Jun 2014

membuktikan Islam bukan sekadar kepercayaan.

Sebagai seorang pelajar sains sosial, belajar tentang penyelidikan sosial pastinya adalah satu subjek yang penting untuk kami. Maka, terlintas persoalan ini di minda ketika membaca buku subjek ini.

Baik, dalam buku yang sedang saya baca ini ada menyatakan bahawa teori adalah satu idea atau kepercayaan yang telah dibuktikan dengan apa-apa data yang sahih. Maka, kepercayaan saya dalam Islam, bagaimana saya mahu membuktikan bahawa Islam bukan sebagai kepercayaan semata-mata? Bagaimana saya mahu buktikan?

Masih panjang perjalanan ini.
May Allah gives us strength to complete this journey.