Rabu, 1 Jun 2011

peringkat terakhir sebelum kiamat?

melihat pada dunia sekeliling... di setiap muka surat akhbar dunia terlalu cepat berubah..
dan setiap hari menjadi semakin gelap dan gelap... hati perlu terus dikuatkan supaya tidak tumbang..
seperti berjalan diatas titi.. berhati-hati supaya tidak jauh kedalam gaung..
minta maaf jika kenyataan saya ini terlalu kontroversi tpi apa yg saya lihat adalah kenyataan.. hakikat yg perlu kita semua insafi..
kita berada dalam peringkat terakhir sebelum kehancuran umat yg mengundang kiamat yg Rasulullah S.A.W sendiri berdoa supaya dihindarkan daripadanya...

Mengapa ya saya berkata begini?
sebabnya, jika kita semua mendalami agama dan menganalisis.. itulah hakikatnya..
hakikat bahawa semakin banyak keturunan yg bersih tercemar dengan dosa zina..
hakikat bahawa institusi kekeluargaan itu sendiri semakin lemah dan sukar untuk mengeluarkan generasi yg suka berfikir dan celik hatinya untuk dekat kepada agama..
generasi yg punya sifat ingin tahu untuk merungkaikan wajah sebenar agama itu sendiri..
generasi begini yg menjadi harapan agama khususnya semakin pupus..
di program orientasi yg saya lalui di universiti sendiri.. saya hairan..
fasilitator saya bertanya.. mengapa tidak menjadikan ibu bapa saya sebagai idola saya?
mereka berkata lagi bahawa tidak mugkin saya boleh menjadi seperti mereka..
saya akui tiada siapa yg mampu menjadi seperti ibu bapa mereka...
tapi saya telah meletakkan seseorang yg lebih dekat dihati saya malah tiada siapa dalam dunia ini boleh menjadi seperti Beliau..
dialah insan bernama Muhammad S.A.W...
Rasulullah adalah idola saya...
ibubapa saya adalah penunjuk jalan untuk saya lebih dekat dengan Baginda..
lebih dekat dengan Allah..
pemangkin kepada saya untuk lebih mendalami cinta kerana Allah..
untuk sahabat dan teman seperjuangan... jika anda lakukan semuanya kerana Allah..
dan anda terus berusaha dan bertawakkal kepada Allah..
bersahabat dan jatuh cinta sekalipun kerana Dia...
Adakah anda fikir anda dalam kerugian jika cinta kepada Dia membuat anda rasa bahagia yg luar biasa..
carilah bahagia yg luar biasa..
bukan bahagia yg biasa..
sekian.. salam ukhuwwah kerana Allah..
untuk saudara muslim saya diseluruh pelusuk dunia.. maafkanlah saya kerana anda terseksa sedangkan saya bersenang-lenang disini, tidak membuat apa-apa.. 
sayang kalian.. kerana Allah.. saya sayang kalian