Ahad, 5 Ogos 2012

dunia itu pahit syurga itu manis


Merantau membawa hati yg ibarat pantai, boleh brubah apabila ombak menghempas pantai.
Apabila merantau, jangan sesekali membuat keputusan yg boleh buat kita sesal di kemudian hari. Dalam kamus seseorang yg bergelar muslim, tiada perkataan menyesal. Mungkin anda rasa perbuatan itu menyeronokkan, tapi di kemudian hari, ingatlah wajah ibubapa dan orang sekeliling yg memandang tinggi kepada anda. Tidak lupa juga akhirat yg dimana Allah kata, ada manusia yg meminta dikembalikan ke dunia dan berjanji untuk taat kepadaNya. Apakah kita mahu tergolong dalam golongan itu? Menyesal dan bertaubat apabila terlambat? Hidup ini bukan milik kita, ingat taraf kita sbg hamba, selayaknya tunduk, bukan meninggikan kepala lebih dari parasnya, mendongak hingga tidak terlihat wajah. Pesanan diatas untuk diri sendiri dan adik-adikku. Semoga kita sama-sama tidak menyesal dalam kesalahan tidak menjaga syariat dan batas pergaulan. Dunia di hadapan masih panjang, ujian Allah masih banyak, cubalah luluskan diri satu demi satu, nafsu itu manis, tapi iman itu bahagia, pada nafsu tiada bahagia. Yang ada cuba nikmat yg hilang apabila ribut melanda.
Buat kak su yg sudah lama terputus hubungan, moga kalam ini menjadi doa saya kepada kak su supaya ujian yg Allah beri pada kak su, semoga Allah dengan kekuasaannya akan beri kebahagiaan dari sisinya atas kesabaran kakakku yg menempuh ujiannya sendirian itu.
Sayang kepada saudara seislam itu ibarat satu tubuh yg tak boleh dipisahkan, terluka satu bahagian maka yg lain juga terasa sakit, moga Allah beri kekuatan dan kemenangan kepada Umat Islam Rohingya, Palestin, Syria dan lainnya. Doa dan hatiku bersama kalian. Pergilah menempuh jalan syurga, syahid dalam mempertahan aqidah kita! Amin