Selasa, 31 Januari 2012

Paksi

Hidup itu sebenarnya cinta. Cinta kepada Allah. Tapi hidup yang berpaksikan cinta yang palsu kerana manusia tak kiralah apa pangkatnya dalam kehidupan kita, ibu bapa, kawan baik, suami. Bukan itu paksi cinta kehidupan kita.
  Ada satu sabda Rasulullah S.A.W tak silap bunyinya lebih kurang macam ni, jika ingin tahu apa yang kita cinta tengoklah kepada percakapan seharian kita, apa yang kita cakapkan.
  Sedih tengok diri sendiri, sedih tengok orang lain. Apa yang dicakapkan sehari-hari rasanya bukannya Allah. Kalau dulu yelah. Bahagia dalam diri pun hilang. Sebab dah jauh dari Dia.
Sumber bahagia itu dari Dia. 
  Cinta Yang berpaksikan Dia mampu membuat kita menelan pahit dan manis dengan tersenyum sentiasa. Itulah dia bahagia. 
Membuat segala-galanya kerana ingin mendapat cinta Allah dan Redha-Nya. Bukan manusia.



Isnin, 30 Januari 2012

Bahagia itu susah..

Langit menyepi. Matahari menyinar seadanya. Halus. Terasa halus membuai perasaan, bayu yang bertiup lalu. Hidup sepatutnya seperti itulah.
 Memandang, memerhati, melihat dan berfikir, sambil hati terus berpaut pada Allah, kekasih abadi  dengan kepercayaan sungguh bahawa perlindungan Dia untuk kita. Dalam seharian hidup kita. 
Hidup itu bahagia kerana Dia. Hidup itu bahagia kerana kita diajar untuk tidak berharap pada manausia. Tapi bergantung sepenuhnya pada Dia. Maka, disitu akan kita temu bahagia. Kerana Dia punya segala-galanya. Dengan bahagia yang begitu, kita berasa mahu berbuat segala apa yang Dia mahu kita buat. 
Walau susah, walau payah, bila hati dibisik bahawa Dia pasti gembira dengan amalan seperti itu, maka gembira menerpa. 
Disisi Dia pasti tiada kesedihan yang melampau, kerana bahagia itu suatu yang sulit untuk difahami. 
Jika kau memahami.

Khamis, 26 Januari 2012

sudah aku tinggalkn Dia

Hidup bermakna kadang2 anda keliru dgn hidup anda sendiri. Apakah yang aku nak jadi?Betul ke tujuan hidup aku? Betul ke aku ini berada dalam landasan betul untuk kehidupan hakiki yang menunggu aku disana? Menjadi lebih baik itu susah, tapi itu yang Allah suka. Jika seseorang itu berusaha pasti Allah akan bersamanya membantu dia, terutama yang mahu kepangkuan cintaNya. Allah tak bagi ujian kat kita kalau benda itu bukan dlm kemampuan kita. 
Jadi, ujian yang aku hadapi sekarang ini pasti aku boleh harungi. Ya Allah, dalam hati aku ini masih ada cinta-Mu. Pasti, aku tak mahu mati berjumpamu dalam kemaksiatan? Adakah kau maafkan aku? Kerana aku tak mendengar perintahmu dulu. Aku ingkar, biarkan benda tu like a passing wither. Maka sekarang ini aku tercampak dalam keadaan aku sendirian bertahan mempertahankan iman aku. Itulah ujian Allah kepada aku. Jauh sekali daripada suasana Islam yang aku dibesarkan dulu. Allah mahu aku belajar, mempertingkatkan imanku dari luar. Maka, sebab itulah mungkin aku tidak dibesarkan melalui sekolah menengah agama, mungkin. Allah mahu aku lihat Islam dengan cara yang dia mahu ajar  aku.  Ujian itu susah. Ujian itu payah. Maka laluilah dengan tabah. Maka Ya Allah, adakah aku hidup lagi untuk esok, berubah kepada asal aku, iaitu disisiMu. Bolehkah aku pulang Ya Allah? Pulang kesisiMu? Semakin aku jauh daripadaMu, semakin banyak dosaku kepada manusia. Bolehkah Ya Allah, bolehkah aku bertahan? Hatiku gelap, jika tidak pasti aku dengar jawapan kau kepadaku disaat ini? Hinanya aku. Bolehkah aku kembali? Sudah aku tinggalkan kekasihku, disana. Kekasihku yang sentiasa menantiku.

Sabtu, 7 Januari 2012

marah!

minta maaf.. sye jarang marah. tapi kali ini sye rse perlu utk bgtau kenapa. silalah kawal mulut anda daripada perkataan yang kurang elok.
apa, kau ingat kau bagus? cakap perkataan  macam tu? apa Allah jadikan mulut kau utk tu ke?
sye pun tklah bagus sgt, tapi ape pasal dekat fb kau pun nk tmbh dosa dgn perkataan mcm tu? come on lah, bukannya tak boleh cakap elok2. Bahasa jiwa bangsa. Faham! sudah cukuplah kita merosakkan bahasa kita sendiri dalam laman sesawang.. tolonglah! Tolonglah faham, sayanglah bahasa kita!

Selasa, 3 Januari 2012

untuk rakan yg ku kasih..

untuk rakan yg ku kasih,
ada seorang rakan saya bertanya..
apakah yg saya perlu ubah pada tahun baru..
jawapanku ialah..
inilah yang kau dan aku perlu ubah..
cintalah aku dan org sekelililngmu kerana Allah..
lemah lembutmu sembunyikanlah untuk suamimu..
menangislah kerana jauhnya kamu dari Allah..
rendahkanlah egomu..
kerana ego sombong itu milik Allah S.W.T..
tundukkanlah pandanganmu..
jadilah seperti khairunnisa'..
jadikan rabiatul adawiyah sebagai idola,
yg sanggup terjun ke neraka,
semata-mata kerana Redha-Nya..
ku harap kau baca ini sahabat,
 kerana cintanya aku kepadamu kerana Allah,
aku harap kau memahami,
bahawa aku berharap,
aku dan juga kau,
mengejar cintaNya..
bukan cinta yang palsu..
yg di dunia yg pedih ini..