Khamis, 29 November 2012

penyesalan dan pembetulan

Alhamdulillah, Allah benarkan saya saya untuk hidup lagi hari ini.
Setiap hari yg dilalui, sentiasa berusaha ingatkan diri untuk perbaiki diri, 
perbaiki diri untuk contohi kekasih-Nya, Nabi kita, supaya di akhirat nnt,
tanpa segan silu kita mampu berkata "akulah umat Nabi Muhammad S.A.W"
Setiap hari pasti ada berbuat dosa, meminta ampun pada Allah,
minta maaf pada manusia.. Cuba ingat kembali matlamat hidup ini,
kenapa aku pilih untuk belajar? kenapa aku pilih untuk belajar kursus ini?
Jika betul semuanya untuk dia, sebagai tanda cinta kita,
hati akan sentiasa diberi kekuatan dengan izinNya..

Ya Allah, hati ini merinduiMu dan kekasihMu,
namun segan dalam hatiku,
mengenang dosa diriku,
layakkah aku untuk berdiri di hadapanmu,
sebagai hambamu, memohon belas kasihmu,
untuk diriku?
Sungguh, bahagia itu milikmu,
syurga di tanganmu, semuanya kekuasaanmu,
ku pohon kekuatan untuk mencari redha-Mu dalam perjalanan ini,
beri petunjuk untuk setiap pilihan,
setiap yg terjadi, semua dalam pengetahuanMu,
maka aku, akan terus belajar dan belajar,
berusaha menggolongkan diri dalam golongan yang sedikit,
sentiasa mengucapkan Alhamdulillah, 
zahir dari mulut, lahir dari hati,
mengenang tingginya sifat syukur saudaraku di Gaza itu,
setiap hari, sentiasa, Alhamdulillah, Alhamdulillah..

Ya Allah, aku pohon kekuatan untuk kami dalam hidup kami kepadaMu,
mencari bahagia yang tidak hanyut dek ombak di pantai,
tidak terbang dek angin yang bertiup kencang..
Allahumma Ameen


Jumaat, 19 Oktober 2012

turning on a new leaf

Turning on a new leaf is easy to be said than to be done. 
Nak berubah ni susah, tapi perlu demi kemaslahatan diri kita kan.
Bahagia itu tiada pada kita.
Bahagia itu ada pada Dia.
Dia tuhan kita.
Kekasih kita.
Jika mahu bahagia, pergilah kesisiNya.
Disitu, tiada apa yg perlu kita risaukan.
Melainkan risau untuk tidak mendapat redhaNya.
Mari sahabat! Sama-sama menuju sisiNya.
Perjalanan ini untuk aku dan kita! 

Ahad, 5 Ogos 2012

dunia itu pahit syurga itu manis


Merantau membawa hati yg ibarat pantai, boleh brubah apabila ombak menghempas pantai.
Apabila merantau, jangan sesekali membuat keputusan yg boleh buat kita sesal di kemudian hari. Dalam kamus seseorang yg bergelar muslim, tiada perkataan menyesal. Mungkin anda rasa perbuatan itu menyeronokkan, tapi di kemudian hari, ingatlah wajah ibubapa dan orang sekeliling yg memandang tinggi kepada anda. Tidak lupa juga akhirat yg dimana Allah kata, ada manusia yg meminta dikembalikan ke dunia dan berjanji untuk taat kepadaNya. Apakah kita mahu tergolong dalam golongan itu? Menyesal dan bertaubat apabila terlambat? Hidup ini bukan milik kita, ingat taraf kita sbg hamba, selayaknya tunduk, bukan meninggikan kepala lebih dari parasnya, mendongak hingga tidak terlihat wajah. Pesanan diatas untuk diri sendiri dan adik-adikku. Semoga kita sama-sama tidak menyesal dalam kesalahan tidak menjaga syariat dan batas pergaulan. Dunia di hadapan masih panjang, ujian Allah masih banyak, cubalah luluskan diri satu demi satu, nafsu itu manis, tapi iman itu bahagia, pada nafsu tiada bahagia. Yang ada cuba nikmat yg hilang apabila ribut melanda.
Buat kak su yg sudah lama terputus hubungan, moga kalam ini menjadi doa saya kepada kak su supaya ujian yg Allah beri pada kak su, semoga Allah dengan kekuasaannya akan beri kebahagiaan dari sisinya atas kesabaran kakakku yg menempuh ujiannya sendirian itu.
Sayang kepada saudara seislam itu ibarat satu tubuh yg tak boleh dipisahkan, terluka satu bahagian maka yg lain juga terasa sakit, moga Allah beri kekuatan dan kemenangan kepada Umat Islam Rohingya, Palestin, Syria dan lainnya. Doa dan hatiku bersama kalian. Pergilah menempuh jalan syurga, syahid dalam mempertahan aqidah kita! Amin

Khamis, 14 Jun 2012

kerinduan tanah itu dan diri yg kotor

tanah itu rindu. rindu pada kekuatan, semangat dan keimanan umat-umatnya yg satu ketika dulu mampu bersatu disebalik semangat persaudaraan islam untuk membela dan melindunginya.
sungguh, dia sungguh rindu.
tanah yg hampir sekali ketandusan keadilan dan kekuatan untuk bertahan itu kini menuggu masa runtuh. benarlah, dunia ini hampir ke hujung.
diri yg kotor ini ingin sekali membantu tpi sebelum itu terasa tidak ada langsung kekuatan ibarat pemuda syurga yg ada pada dirinya, takurt pada dosa gagalnya memikul amanah, dosa umpatannya dan dosa hawa nafsunya yg banyak.
hingga kini, jihad nafsu diri yg kotor itu perlu diteruskan hingga tiba ke sisi kekasih yg dicintai.
bersabarlah saudaraku, doakanku berjaya wahai pejunag-pejuang.
pergilah kejar syahid, syahid impian kita! syahid dalam kesabaran dan perjuangan!

Jumaat, 1 Jun 2012

at the end of the day

at the end of the day,
even if rain pours down continuously,
cloud will not waver and have no intention,
in stopping itself.

at the end of the day,
soil becomes very wet,
that the feet cannot stand with strength,
that once he had,
as there was no more,
strength,effort,passionate,
all seem loss

Sabtu, 21 April 2012

the rain in my heart

sky becomes dark,
the cloud's smile fade,
and I cried,
while words coming out from my lips,
saying those memories to the one I loved,
my heart is crying,
like dreams that I keep as a dream,
continuously crying,
like the rain in my heart,
will never stop,
never.

Rabu, 4 April 2012

kekasih kita, Nur Izzati Lukmanulhakim.. kekasih kita!

buat k2 yg tiada semangat belajar, menurut pengalaman Nadia yg sampai sekarang masih melaluinya daripada spm dulu,
belajarlah mencintai Allah, dari situ kita berusaha belajar semampu yg kita boleh,
sungguh, bangun malam, solat, solat dhuha, solat jemaah, buatlah semua tu..
supaya cinta Allah lebih mendalam,
sungguh, Allah akan bantu k2 juga,
memberi petunjuk2 yg k2 tidak akan sangka!
dan sungguh, masukkanlah diri k2 dlm golongan yg sedikit!
golongan yg bersyukur kpdnya, ambil angin ketika muram,
bertadabbur, bersendirian dengan Dia, ala-ala "berdating" gitu, hehe,
ambillah semangat, dan bergantunglah pada Dia!
Allah tak akan mengecewakan k2 jika k2 bergantung pada Dia sahaja,
menangislah disisiNya jika perlu! pergilah kakakku sayang,
pergilah kembali kesisi Dia! kekasih kita!

Selasa, 3 April 2012

jgnlah ibarat kerbau dicucuk hidung, mengikut tapi tidak tahu kemana!

membaca komen disebuah laman tokoh terkenal x, sikap yg baik..
bertanya tanpa malu, meminta penjelasan dan lebih penjelasan..
perbahasan dan perbahasan tentang agama..
yg tidakketahuan dalam dirinya...
tapi yang menyedihkan ialah pengikutnya...
menyatakan seorang lain,
yg cuba memberi penjelasan kepada tokoh x,
sbg terkhilaf, ekstrem, tidak tahu agama..
dan lagi mengatakan agama yg ada pada tokoh x lebih sempurna..
apakah? apa jahilkah kamu?
bacalah maklumat kedua2 belah pihak...
baca dan carilah penyelidikan anda sendiri,
rujuklah kitab2 dan guru2 yg lebih tahu dari anda, tanyalah secara detail..
sedih dan geram membaca komen2 anda semua,
sila.. carilah penjelasan untuk diri anda sendiri dengan  betul..
dengan berguru!

Isnin, 12 Mac 2012

a letter to myself

kepada hati,
jadilah air,
jernih, tenang, gigih,
jernih dan suci kepada dirinya sendiri.
tenang,
padanya ketenangan dan memberi ketenangan,
sejuk dipandang tak kira hujan atau panas,
gigih menyusur,
berlari dicelah batu dan pepasir,
tak berhenti,
selagi nafas masih terhela,
selagi hati masih berasa.

Selasa, 31 Januari 2012

Paksi

Hidup itu sebenarnya cinta. Cinta kepada Allah. Tapi hidup yang berpaksikan cinta yang palsu kerana manusia tak kiralah apa pangkatnya dalam kehidupan kita, ibu bapa, kawan baik, suami. Bukan itu paksi cinta kehidupan kita.
  Ada satu sabda Rasulullah S.A.W tak silap bunyinya lebih kurang macam ni, jika ingin tahu apa yang kita cinta tengoklah kepada percakapan seharian kita, apa yang kita cakapkan.
  Sedih tengok diri sendiri, sedih tengok orang lain. Apa yang dicakapkan sehari-hari rasanya bukannya Allah. Kalau dulu yelah. Bahagia dalam diri pun hilang. Sebab dah jauh dari Dia.
Sumber bahagia itu dari Dia. 
  Cinta Yang berpaksikan Dia mampu membuat kita menelan pahit dan manis dengan tersenyum sentiasa. Itulah dia bahagia. 
Membuat segala-galanya kerana ingin mendapat cinta Allah dan Redha-Nya. Bukan manusia.



Isnin, 30 Januari 2012

Bahagia itu susah..

Langit menyepi. Matahari menyinar seadanya. Halus. Terasa halus membuai perasaan, bayu yang bertiup lalu. Hidup sepatutnya seperti itulah.
 Memandang, memerhati, melihat dan berfikir, sambil hati terus berpaut pada Allah, kekasih abadi  dengan kepercayaan sungguh bahawa perlindungan Dia untuk kita. Dalam seharian hidup kita. 
Hidup itu bahagia kerana Dia. Hidup itu bahagia kerana kita diajar untuk tidak berharap pada manausia. Tapi bergantung sepenuhnya pada Dia. Maka, disitu akan kita temu bahagia. Kerana Dia punya segala-galanya. Dengan bahagia yang begitu, kita berasa mahu berbuat segala apa yang Dia mahu kita buat. 
Walau susah, walau payah, bila hati dibisik bahawa Dia pasti gembira dengan amalan seperti itu, maka gembira menerpa. 
Disisi Dia pasti tiada kesedihan yang melampau, kerana bahagia itu suatu yang sulit untuk difahami. 
Jika kau memahami.

Khamis, 26 Januari 2012

sudah aku tinggalkn Dia

Hidup bermakna kadang2 anda keliru dgn hidup anda sendiri. Apakah yang aku nak jadi?Betul ke tujuan hidup aku? Betul ke aku ini berada dalam landasan betul untuk kehidupan hakiki yang menunggu aku disana? Menjadi lebih baik itu susah, tapi itu yang Allah suka. Jika seseorang itu berusaha pasti Allah akan bersamanya membantu dia, terutama yang mahu kepangkuan cintaNya. Allah tak bagi ujian kat kita kalau benda itu bukan dlm kemampuan kita. 
Jadi, ujian yang aku hadapi sekarang ini pasti aku boleh harungi. Ya Allah, dalam hati aku ini masih ada cinta-Mu. Pasti, aku tak mahu mati berjumpamu dalam kemaksiatan? Adakah kau maafkan aku? Kerana aku tak mendengar perintahmu dulu. Aku ingkar, biarkan benda tu like a passing wither. Maka sekarang ini aku tercampak dalam keadaan aku sendirian bertahan mempertahankan iman aku. Itulah ujian Allah kepada aku. Jauh sekali daripada suasana Islam yang aku dibesarkan dulu. Allah mahu aku belajar, mempertingkatkan imanku dari luar. Maka, sebab itulah mungkin aku tidak dibesarkan melalui sekolah menengah agama, mungkin. Allah mahu aku lihat Islam dengan cara yang dia mahu ajar  aku.  Ujian itu susah. Ujian itu payah. Maka laluilah dengan tabah. Maka Ya Allah, adakah aku hidup lagi untuk esok, berubah kepada asal aku, iaitu disisiMu. Bolehkah aku pulang Ya Allah? Pulang kesisiMu? Semakin aku jauh daripadaMu, semakin banyak dosaku kepada manusia. Bolehkah Ya Allah, bolehkah aku bertahan? Hatiku gelap, jika tidak pasti aku dengar jawapan kau kepadaku disaat ini? Hinanya aku. Bolehkah aku kembali? Sudah aku tinggalkan kekasihku, disana. Kekasihku yang sentiasa menantiku.

Sabtu, 7 Januari 2012

marah!

minta maaf.. sye jarang marah. tapi kali ini sye rse perlu utk bgtau kenapa. silalah kawal mulut anda daripada perkataan yang kurang elok.
apa, kau ingat kau bagus? cakap perkataan  macam tu? apa Allah jadikan mulut kau utk tu ke?
sye pun tklah bagus sgt, tapi ape pasal dekat fb kau pun nk tmbh dosa dgn perkataan mcm tu? come on lah, bukannya tak boleh cakap elok2. Bahasa jiwa bangsa. Faham! sudah cukuplah kita merosakkan bahasa kita sendiri dalam laman sesawang.. tolonglah! Tolonglah faham, sayanglah bahasa kita!

Selasa, 3 Januari 2012

untuk rakan yg ku kasih..

untuk rakan yg ku kasih,
ada seorang rakan saya bertanya..
apakah yg saya perlu ubah pada tahun baru..
jawapanku ialah..
inilah yang kau dan aku perlu ubah..
cintalah aku dan org sekelililngmu kerana Allah..
lemah lembutmu sembunyikanlah untuk suamimu..
menangislah kerana jauhnya kamu dari Allah..
rendahkanlah egomu..
kerana ego sombong itu milik Allah S.W.T..
tundukkanlah pandanganmu..
jadilah seperti khairunnisa'..
jadikan rabiatul adawiyah sebagai idola,
yg sanggup terjun ke neraka,
semata-mata kerana Redha-Nya..
ku harap kau baca ini sahabat,
 kerana cintanya aku kepadamu kerana Allah,
aku harap kau memahami,
bahawa aku berharap,
aku dan juga kau,
mengejar cintaNya..
bukan cinta yang palsu..
yg di dunia yg pedih ini..